Khamis, 13 Disember 2012

Merokok :: >> BERHENTILAH SEBELUM TERLAMBAT !!!

Merokok membahayakan kesihatan !!!
Merokok penyebab penyakit2 Kronik !!!
Merokok menyebabkan hilang kesuburan dan Mati Pucuk !!!

Sering kali kita mendengarkan pernyataan-pernyataan begini antaranya di laman2 akhbar, artikel2 & media2 massa. Namun, sejauh manakah kepedulian kita terutamanya para perokok akan akibat merokok? Sedarkah kita bahawa dalam setiap batang rokok iatu mengandungi kandungan2 yang sangat-sangat berbahaya untuk organ2 dalaman manusia. Sedarkah kita ???



Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam setiap batang rokok mengandungi racun yang sangat2 berbahaya kepada kesihatan. Hal ini kerana, setiap racun tersebut mempunyai kandungan bahan2 yang kita sedia maklum akan bahayanya iaitu :

01) Karbon Monoksida = Gas beracun pada ekzos kereta.
02) Nikotin = Antara kandungan dalam racun rumpai.
03) Aseton = Peluncur cat.
04) Ammonia = Pembersih lantai.
05) Arsenik = Racun semut putih.   
06) Hidrogen Sianida = Gas beracun yang digunakan kepada penjenayah.
07) Butana = Minyak pemetik api.
08) Metanol = Minyak roket.
09) Toluena = Sebatian organik yang mudah terbakar.
10) Kadmium = Bahan bateri kereta.
11) Naftalena = Racun gegat (biasanya diletak dalam almari atau laci meja).
12) DDT (Dichloro Diphenyl Trichloroethane) = Bahan membuat racun serangga.

Jika dalam sekotak rokok ada 24 batang, maka para perokok telah menghisap kandungan2 untuk membuat penghapus cat, bahan plastik pvc, bahan pembersih lantai dan banyak lagi yang memungkinkan untuk bertemu dengan Malaikat Maut lebih awal (merokok sebagai asbab). Baru sekotak. Jika dalam sehari habiskan 2 kotak = 48 batang. Seminggu ada 7 hari. 48 batang x 7 hari = 336 batang seminggu. Sebulan ada 30 hari (ambil bilangan 30 sebab mudah kira). Jika 48 batang x 30 hari = 1440 batang rokok sebulan yang dihisap. Dalam setahun ada 12 bulan dan 12 bulan ada 366 hari. Jika 48 batang x 366 hari = 17568 batang yang dihisap oleh perokok setahun. Baru setahun. Jika dah merokok selama 30 - 40 tahun ?? Na'uzubillah. Tak dapat dibayangkan KESAN & AKIBATnya. Maka tidak hairanlah jika organ dalaman para perokok menjadi >>>>>>>>>> Hitam & Berpenyakit serta Berisiko mendapat penyakit2 kronik.


Bagi yang tidak merokok pula, jangan ingat "terselamat" dari kesan2 rokok. Asapnya sahaja pun sudah cukup untuk memungkinkan kita mendapat pelbagai penyakit. Mereka yang menghirup asap rokok sebenarnya 3 kali ganda berisiko mendapat penyakit berbanding dengan perokok aktif itu sendiri. Hal ini kerana hanya sebanyak 25% kandungan bahaya sahaja yang terdapat dalam sebatang rokok masuk ke dalam tubuh perokok manakala 75% lagi dibebaskan ke udara yang kemudian dihirup oleh orang sekeliling. Bahayanya rokok ini kan. Jangan pandang enteng !!! Oleh itu, hindarilah orang ketika mereka merokok untuk menegaskan hak kita iaitu "Tak Nak Asap Rokok". 



Apakah jenis2 Penyakit akibat merokok ini? 

   
Sedar atau tidak, semua penyakit akibat merokok ialah penyakit-penyakit yang sangat-sangat berbahaya kepada kesihatan. Antara penyakit tersebut ialah :

01) Katarak = Sejenis penyakit mata yang akan menyebabkan kanta mata menjadi legap &
                    rabun. Ia boleh mengakibatkan buta. Try bayangkan hidup tanpa penglihatan
02) Kerosakan alat kelamin lelaki atau lebih dikenali sebagai mati pucuk.
03) Kanser rahim bagi wanita.
04) Penyakit jantung meningkat 10% - 50% (risiko kematian tinggi).
05) Osteoporosis = Pereputan tulang dan banyak lagi kesan merbahaya akibat merokok
06) Kanser Paru-paru = Tiub pernafasan jadi bengkak
07) Strok = Penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba.
08) Ulser Perut 
09) Kanser Kerongkong = Asap rokok yang disedut semula akan melalui kerongkong dan
                                    menjadi punca rosaknya kerongkong 
10) Emfisema Paru-paru = Asap tar membalut paru2 kantung2 udara. Akibatnya, keanjalan
                                      kantung2 ini hilang dan mudah dimusnahkan dan banyak lagi. Sila
                                      rujuk gambar di atas.

Itu dari sudut kesihatan. Bagaimana pula pandangan Agama terhadap merokok ini? 

"Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dan memudharatkan"
                                 (Mudzakarah ke 37 : 23 Mac 1995 : Sumber = www.e-fatwa.gov.my) 

Imam as-Syafie telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu "Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas HARAM. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah HARAM. Allah SWT mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri" 

Para Ulama' juga bersepakat bahawa merokok hukumnya HARAM kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara yang keji berdasarkan nas-nas berikut :

>>>>>>>*****************************************************************************************>>>>>>> 
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud; "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan"

Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raf ayat 157 yang bermaksud; "Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk".

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan". 
                                                (Hadis riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

>>>>>>>*****************************************************************************************>>>>>>> 

Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami menyebut dalam Fath A-Muein & beliau menyatakan dua alasan mengapa sesuatu perkara itu diharamkan dalam Islam :

1)  Ia mendatangkan kerosakan yang nyata @ menimbulkan yang tersembunyi.
2)  Ia merosakkan tubuh badan dengan jelas.

Syeikh Muhammad al-Aini, beliau mengHaramkan rokok (merokok) kerana :

1)  Membahayakan kesihatan sebagaimana yang telah digariskan oleh pakar perubatan yang diakui.
2)  Mengandungi bahan yang memabukkan
3)  Bau busuk dan menganggu ketenteraman serta keamanan orang lain.
4)  Membelanjakan wang pada bukan tempatnya (membazir).

Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya "Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud" telah memberikan fatwa merokok hukumnya MAKRUH jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah HARAM jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.


  

Maka, Katakan TAK NAK kepada ROKOK (merokok) demi kesihatan diri !!! Merokok membawa PADAH !!! Merokok membawa MAUT !!! Jangan sia-siakan hidup dan wang ringgit semata-mata kerana ROKOK (merokok). Jangan sampai dah terlantar kat Hospital baharu nak sedar kerana perbelanjaan untuk kos rawatan jauh lebih Mahal. Ingatlah orang yang tersayang. Kita mampu mengubahnya.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada gejala rokok dan bahayanya. Amiin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan