Bila bercakap soal cinta, Bro Pena bukanlah insan yang layak membahaskannya. Tetapi, mempunyai keinginan yang kuat untuk memberikan pendapat/perkongsian. Boleh ya share2 ilmu. Bagi Bro Pena, cinta ialah sesuatu yang tidak kelihatan namun boleh dirasai. Ianya umpama angin yang bertiup sepoi-sepoi. Nyaman dan mengasyikkan. Namun, di dalam nyamannya dan asyiknya angin tersebut kita tidak boleh melihatnya dengan mata kasar tetapi mampu merasainya. Pendek kata, cinta ialah sebuah perasaan ingin menyayangi dan disayangi.
Menurut Ibnu Qayyim (Tokoh Ilmuan Islam), terdapat 6 tahap cinta iaitu :
Tahap 1) Cinta yang menjadi hak Allah semata-mata. Itulah cinta hamba kepada Khaliq
Tahap 2) Cinta kepada Kekasih Allah (Rasulullah SAW).
Tahap 3) Cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain (suami/isteri, ibu bapa, keluarga,
anak-anak, yang melahirkan rasa kasih sayang).
Tahap 4) Cinta sesama Islam yang melahirkan ukhwah Islamiyyah (sesama Islam).
Tahap 5) Cinta sesama manusia (antara muslim dengan non-muslim).
Tahap 6) Cinta selain kepada manusia (haiwan seperti kucing, alam, harta dan lain2).
Menurut Ibnu Qayyim (Tokoh Ilmuan Islam), terdapat 6 tahap cinta iaitu :
Tahap 1) Cinta yang menjadi hak Allah semata-mata. Itulah cinta hamba kepada Khaliq
Tahap 2) Cinta kepada Kekasih Allah (Rasulullah SAW).
Tahap 3) Cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain (suami/isteri, ibu bapa, keluarga,
anak-anak, yang melahirkan rasa kasih sayang).
Tahap 4) Cinta sesama Islam yang melahirkan ukhwah Islamiyyah (sesama Islam).
Tahap 5) Cinta sesama manusia (antara muslim dengan non-muslim).
Tahap 6) Cinta selain kepada manusia (haiwan seperti kucing, alam, harta dan lain2).
Kita sering dihadapi dengan ujian berupa cinta ini. Bagi yang pernah mengalaminya, akan tahu perasaan cinta itu bagaimana. Namun, cinta kadang kala akan membawa kita kepada kemurkaan Allah SWT. Cinta yang Bro Pena maksudkan ialah "Cinta Yang Tidak Berlandaskan Syariat Islam". Berhati-hatilah dengan cinta seperti ini kerana akan membawa impak yang besar kepada seseorang individu dan masyarakat. Antara impak tersebut ialah :
1) Individu
- Lalai daripada mengigati Allah SWT.
- Pembaziran wang kepada sesuatu yang tidak wajar (topUp call & sms just tanya2 khabar. Ini banyak berlaku dalam kalangan remaja masa kini).
- Lalai dalam melaksanakan perintah Allah (solat 5 waktu disebabkan ingin beri tumpuan pada si dia)
- Hilang kepercayaan kepada kesetiaan pasangan setelah berkahwin.
- Tiada keberkatan dalam rumah tangga (kerana tidak wujud Allah dalam percintaan dua individu).
- Sanggup bunuh diri (cinta terlalu mendalam sehingga tidak mahu hidup tanpa dia. Hilangnya si dia, maka hilanglah nyawa) atau membunuh jiwa orang lain (terlalu marah kononnya pasangan berlaku curang sedangkan belum bernikah lagi).
2) Masyarakat
- Akhlak muda-mudi Islam akan rosak. Ini disebabkan pengaruh "cerita-cerita" barat atau korea yang sering memaparkan "indahnya" cinta pasangan yang tiada apa-apa ikatan.
- Menjatuhkan maruah seorang wanita. Apabila seseorang perempuan keluar dengan pasangan yang bukan mahramnya, peribadi perempuan muslimah itu akan dipersoalkan dan bukan pasangannya (lelaki). Khalayak akan mempersoalkan bagaimana perempuan muslimah tersebut begitu mudah diusung ke sana sini tanpa rasa malu dan bersalah.
- Berlaku zina dan melahirkan anak luar nikah. Na'uzubillah. Ini merupakan kemuncak cinta yang tidak berlandaskan Syariat Islam. Kesannya bukan pada pasangan itu sahaja, malah akan memalukan seluruh ahli keluarga serta boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan Islam.
Sesungguhnya, larangan Allah terhadap cinta yang tidak berlandaskan Syariat Islam ini sangat jelas melalui firman Allah SWT, dalam Surah Al-Isra' : 17 : ayat 32.
Timbul persoalan, apakah "Cinta Yang Berlandaskan Syariat Islam" itu? Jawapannya mudah. Bercinta biarlah mengundang Kasih Sayang Allah SWT bukan Murka-Nya. Hal ini kerana, salah satu tujuan bercinta ialah untuk membina bahtera rumah tangga yang bahagia. Mestilah yang dimaksudkan dengan bahagia itu adalah hidup berkeluarga mendapat naungan Rahmat Allah SWT. Oleh itu, janganlah sesebuah percintaan dikotori dengan jalan-jalan yang tidak Syarak. Biarlah jalan2 cinta 2 insan itu mendapat kasih sayang Allah hingga ke Gerbang Pernikahan + berkeluarga (mempunyai anak, cucu, cicit) = Syurga Allah.
Timbul persoalan lagi, bagaimanakah kaedah bercinta yang yang berlandaskan Syariat? Berikut, Bro Pena menyimpulkan kaedah @ jalan2 bercinta dalam Islam melalui pengalaman serta pembacaan.
1) Merisik keperibadian calon suami/isteri sama ada melalui mahramnya, sahabat atau
Pensyarah/Guru yang rapat dengannya. Sekiranya berkenan, jumpa ahli keluarga masing-
masing bagi menetapkan tarikh pernikahan. Settle. Itu je sebenarnya. Hehe.
2) Sepanjang tempoh itu (pertunangan) / selagi belum ada apa2 ikatan, maka :
>> Kurangkan berhubung dengan calon suami/isteri jika tiada sebab yang
mengharuskannya.
>> Menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
>> Elakkan pertemuan tanpa mahram pihak perempuan dan ringkaskan pertemuan
sekadar yang perlu sahaja (sebab tiada apa2 ikatan lagi).
>> Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran serta mohon calon suami/isteri merupakan
jodoh terbaik yang Allah kurniakan.
>> Berpuasa bagi mengekang syahwat melakukan perkara yang tidak Syarak.
Apakah kesan bercinta ikut syariat Islam ini?
1) Individu.
- Hati tidak lalai daripada mengigati Allah (yakin yang jodoh kita sudah Allah tetapkan)
- Tiada pembaziran wang kepada sesuatu yang tidak wajar
- Dapat menjaga solat kerana hati selalu ingat Allah.
- Kesetiaan wujud dalam diri pasangan masing-masing (sebab sebelum berkahwin, menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perampuan).
- Hidup berumah tangga mendapat keberkatan Allah SWT.
- Menerima qada & qadar Allah SWT dengan hati terbuka sekiranya diuji dengan ujian berupa kehilangan suami/isteri
2) Masyarakat.
- Akhlak muda-mudi terselamat kerana menjaga batas2 pergaulan serta memilih untuk bernikah daripada just bercinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata.
- Maruah seseorang muslimah akan terpelihara.
- Tidak akan berlaku zina.
- Sistem kekeluargaan Islam akan terbina dengan baik sebab tidak dicemari dengan anak luar nikah.
Rasulullah SAW bersabda dalam satu doa baginda (lebih kurang maksudnya), " Ya Allah, berilah aku rezeki cinta-Mu dan cinta orang yang bermanfaat buatku di sisi-Mu. Ya Allah, segala yang Engkau rezekikan untukku di antara yang ku cintai, jadikanlah itu kekuatan mendapatkan yang Engkau cintai, jadikan itu kebebasan dalam segala hal yang Engkau cintai "
(Hadis riwayat Al-Tardmizi)
Kesimpulannya, Bercinta selepas Nikah adalah kaedah cinta yang terbaik (tak salah ta'aruf sekadar yang diharuskan Syarak). Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi 1001 manfaat.
Amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan