Ahad, 11 November 2012

Isteri Penyejuk Mata Suami

" Bukanlah buta sesungguhnya mata yang tak mampu menangkap cahaya,
  Namun, buta yang sebenarnya ialah hati yang tidak mahu menerima nasihat berharga"

Seorang wanita umpama sang suria dalam keluarga. Dia adalah pusat orbit lintasan perjalanan hidup suami dan anak-anaknya, seorang yang berada pada barisan paling hadapan dalam memberikan cinta dan bakti, serta sanggup berkorban untuk orang-orang yang dikasihinya. 

Begitu penting dan mulianya kehadiran seorang isteri dan ibu dalam sebuah rumah tangga muslim, sehingga Allah menjanjikan Syurga bagi isteri yang solehah. Ini adalah kerana , menjadi isteri dan dan ibu yang baik bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil untuk direalitikan.  

Di zaman kini, segalanya harus dibuat dengan pantas (bukanlah sepantas kilat mahupun kelajuan cahaya), seiring dengan corak kehidupan sehari-hari. Seorang isteri dan ibu mestilah mempersiapkan diri untuk menghadapi perkembangan yang berlaku dengan bijak. Apalagi seorang wanita sering kali dihadapkan pada realiti bekerja serta beraktiviti di luar rumah berikutan tuntutan kerjaya, namun di sudut lain dia tetap harus memainkan peranannya di dalam rumah tangga. 



Bagaimana menjadi "Isteri Penyejuk Mata Suami". Di atas dah diberikan tipsnya oleh Uztaz Azhar Idrus (UAI). Cuma ada tambahan sikit di bawah ini : 

01) Biasakan diri dengan doa. Mohon kepada Allah supaya hubungan kasih suami isteri dan
      keluarga sentiasa dibawah naungan rahmat-Nya.
02) Mentaati dan menggembirakan suami (selagi suami tak menyuruh membuat mungkar)
     serta minta maaf pada suami jika ada melakukan salah dan silap. Bukan tunggu kumpul
     semua kesalahan dan minta maaf pada Hari Raya.
03) Luangkan masa betul-betul "berkualiti" bersama suami sekurang-kurangnya 30 minit
     setiap hari.
04) Beri pujian terhadap penampilan suami (pakaian, penampilan kacak, rambut dll).
05) Cepat-cepat pujuk suami bila berkecil hati atau marah-marah sayang.
06) Jangan curang terhadap suami atau menimbulkan syak wasangka tak baik pada suami. 
07) Masak makanan kesukaan suami dan makan bersama.
08) Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
09) Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana
     memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
10) Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
     Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang
     mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11) Minta bantuan dan membantu suami dengan ikhlas (tidak banyak komen)
12) Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang
     sedang dilakukan. ( jika boleh )
13) Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
14) Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan
      penelitian.
15) Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita
      tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
16) Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama
17) Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika
      itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
18) Urut kasih sayang suami dan mandi bersama.
19) Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum
      air apa?" atau " Abang nak minum ke? "
20) Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (bergantung kepada kesesuaian)
21) Sentiasa memberi sokongan moral kepada suami. Ingatlah, disebalik setiap kejayaan
     seorang lelaki, ada wanita dibelakangnya (penyokong kuat).
22) Jangan cepat terima berita tak baik mengenai suami tanpa usul periksa dan
      perbincangan bersama
23) Biasakan diri bertadarus al-quran bersama suami (selaraskan waktu yang sesuai).
24) Pegang tangan suami bila berjalan ke mana-mana. Contohnya membeli belah atau
     makan angin (jangan malu buat pahala).
25) Sentiasa berterima kasih pada suami dan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan
     suami yang baik dan bertanggungjawab.



Sabda Rasulullah SAW, "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke Syurga dari pintu mana sahaja kamu suka." 
(Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)



Banyak lagi sebenarnya. Timbul persoalan, kenapa ~ Bila Jari Menjadi Pena ~ post perkara ini sedangkan beliau sendiri belum bernikah? Hehe. Jawabnya, sebab mahu bersedia dari awal supaya dapat menyampaikan kaedah bagaimana cara supaya isteri jadi penyejuk mata kita bila dah bercouple (yang dimaksudkan ialah sudah berkahwin) kelak. Takkan dah jadi suami baru mahu belajar :-). Apa yang penting, kita amalkan oke. Bukan setakat tahu sahaja tetapi tidak buat. 

Wallahu'alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan