Rezeki dari segi bahasa bermaksud ar-Rizq atau al-'Atha' iaitu pemberian. Dari segi istilah ialah sesuatu yang diberikan oleh Allah SWT kepada semua makhluk, tak kira sama ada halal atau haram. Rezeki yang berkat bermaksud, beroleh sesuatu daripada Allah SWT melalui cara atau usaha yang Allah suka. Bak kata orang2 tua, "Rezeki yang berkat ialah banyak cukup, sikit (beras, duit dan lain2) pun cukup (menampung kehidupan serta makan minum)".
Contoh mudah :
Contoh mudah :
A) Mencuri = dapat duit.
B) Bekerja dengan ikhlas = dapat duit.
Mana satu merupakan rezeki yang berkat? Mestilah B bukan. Perlu kita ingat juga, rezeki Allah tak bermakna hanya merangkumi bab2 makan minum sahaja, tetapi ianya pelbagai. Antaranya adalah :
1) Mendapat ilham untuk buat karya dakwah melalui tulisan adalah rezeki.
2) Memperolehi keputusan cemerlang adalah rezeki.
3) Allah beri kita tenaga untuk bekerja 8 jam sehari adalah rezeki.
4) Memudahkan kita mencari jalan penyelesaian matematik adalah rezeki.
5) Allah uji kita dengan musibah tertentu dan kita tetap bersabar juga adalah rezeki.
Pelbagai dan banyak lagi contoh2 rezeki yang Allah kurniakan kepada kita setiap masa dan setiap hari. Cuma, sama ada kita sedar atau tidak sahaja bahawa itu adalah rezeki Allah untuk "kita". Timbul persoalan, "Rezeki itu berada di mana?" Mudah sahaja. Rezeki setiap manusia ada di mana-mana. Yang penting, kita ada usaha dan kemahuan ke arahnya (mendapat rezeki itu). Contoh mudah untuk mendapatkan sesuatu rezeki Allah itu ialah dengan BEKERJA. Ingatlah, 4 perkara yang Allah SWT sudah tetapkan sebelum kita lahir iaitu :
1) Ajal & Maut
2) Rezeki
3) Jodoh
4) Susah & Senang (Ujian2)
Firman Allah SWT :
"Katakanlah; Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Surah Saba' : 34 : ayat 36)
Sabda Rasulullah SAW :
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya"
(Hadis riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Mungkin tertanya2 di benak fikiran, apakah tips2 supaya murah rezeki dan Allah mempermudahkan kita mencarinya? Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada jawapannya.
Alhamdulillah. Inilah antara tips2nya. Selamat beramal untuk saya dan anda (para pembaca yang dirahmati Allah SWT).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan