Selasa, 11 Disember 2012

Fadhilat Ayat Kursi





Ayat ini diturunkan setelah Hijrah. Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya. Di bawah merupakan antara fadhilat ayat kursi (mengetahui fadhilat atau kelebihan akan merangsang diri kita untuk beramal). 

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi 
dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan Laknatullah, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah S.W.T hilangkan segala kefakiran didepan matanya".

5) Sabda Baginda lagi: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar".

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad S.W.T.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk, InsyaAllah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu, eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali. InsyaAllah, mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan zahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya, Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir sembahyang, Allah Azza Wajalla akan mengambilkan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

17) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Jom Beramal Kerana Allah :-) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan