Setiap
insan layak untuk menyintai & dicintai. Setiap insan juga layak untuk
menyanyangi & disayangi. Cinta & sayang adalah dua perkara yang
mempunyai pengaruh besar dalam proses penyatuan khususnya antara lelaki dan
perempuan. Perasaan cinta dan sayang ini bukanlah sesuatu yang boleh dilihat
namun kita sedia maklum yang ianya memang wujud dalam dimensi yang berlainan.
Ianya bersih dan terpelihara. Akan tetapi, kebanyakan antara kita tersalah erti
akan maksud sebenar cinta dan sayang yang merupakan fitrah manusia ini. Mereka
mengambil jalan yang tidak Syarak untuk memperolehinya. Maka, disebabkan
perlakuan2 yang tidak Syarak inilah yang menyebabkan cinta dan sayang itu
dikotori dengan Nafsu Serakah.
Antara
Perbuatan-Perbuatan Mereka Yang Bercinta & Terjerumus Kepada Ber"couple" serta Tindakan Yang Boleh Menyebabkannya Menjadi Haram ialah :
PERTAMA : TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA. Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.
KEDUA : TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA. Lumrah bercouple seakan
tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating",
ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat
"membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan
istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti
memanggil "darling" kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan (dating)
akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan
seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang
mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Pada berlakunya percampuran lelaki dan perempuan, tidak mustahil akan berlakulah persentuhan-persentuhan yang tidak Syarak antara lelaki dan perempuan. Yang ditakuti berlaku ialah Zina kerana itulah kemuncak perhubungan HARAM.
Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud:
“Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat..”
Mesti kita ingat, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka
wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga
turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada
yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka
bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.
KETIGA : MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA. Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung (maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut "kononnya" telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT : MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR. Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibu bapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya.Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan. Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa : ayat 27, yang maksudnya ; "Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara Syaitan (Laknatullah) dan Syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya"
KELIMA : MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA. Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual di telefon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
Pandangan peribadi Bro Pena, tak salah menyintai seseorang kerana cinta itu fitrah yang Allah anugerahkan tetapi biarlah bercinta itu berada pada landasan Syarak. Jumpa pihak keluarga masing2 dan mintalah persetujuan untuk bernikah. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan semuanya.
Pemeliharaan Allah Jualah Yang Kita Pinta Hari2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan