Isnin, 17 Disember 2012

Antara Kisah :: Akibat Meninggalkan SOLAT


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian  datang pemuda Arab masuk ke dalam Masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" 

Maka berkata orang muda itu ; "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a dan Umar  r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah  bertukar rupa menjadi babi hitam

Sekadar Gambaran
Maka mereka  pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W ; "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar    menjadi   babi hutan   yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. 

Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu ; "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu ; "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat". Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda ; "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan  orang yang meninggalkan  Sembahyang. Di Hari Kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam." 

Di zaman Abu Bakar r.a, ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain  kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. 

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut ; "Laa ilaaha illAllahu Muhammadur Rasulullah. Mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai Hari Kiamat". 

Sekadar Gambaran
Lalu para sahabat bertanya ; "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini ?" Berkata ular ; "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya : 


1) Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2) Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3) Dia tidak mau mendengar nasihat para Ulama.

Maka inilah balasannya". 

SUBAHANALLAH. Allah Azza Wajjala dengan rahmatNya memperlihatkan kepada hamba-hambaNya akan siksaan yang diterima oleh orang-orang yang meninggalkan solat supaya mengambil iktibar dan pengajaran. Siksaan yang sebenar sesungguhnya pasti lebih dashyat lagi. Semoga kisah benar ini menjadi pengajaran untuk diri Bro Pena sendiri dan bermanfaat kepada pembaca (yang dirahmati Allah S.W.T) semua. 

Sabtu, 15 Disember 2012

Kolej Teknologi Darulnaim :: KTD :: Kolej Tarbiyyah Dakwah

Di Kolej inilah saya menyambung pengajian. Banyak pengalaman yang telah diperolehi. Seronoknya belajar kerana boleh berjumpa Pensyarah anytime. Belajar di Kolej ini banyak mengajar saya erti Syukur dan Sabar. Apa yang paling menarik perhatian ialah Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) sangat-sangat mengutamakan aspek pembangunan Akhlak pelajar-pelajarnya.



Berdasarkan pengamatan saya, rata2 pelajar (Mahasiswa/i) yang belajar di KTD mempunyai latar belakang yang kurang baik pada pandangan umum seperti kaki pukul. Alhamdulillah, setelah 3 tahun di proses di KTD, mereka menjadi insan-insan yang baik belaka. Saya seakan-akan tidak percaya namun inilah realitinya. Saya mengakui, bukan semua orang berubah jadi baik namun sekurang-kurangnya sikap "ke kaki pukulan" itu sudah berkurangan. Memang sikap panas baran mereka masih ada tapi sifat sabar jauh lebih menguasai diri. Saya sendiri mempunyai banyak sahabat2 sepengajian yang dulunya kaki pukul.

Saya bertanya pada diri, apakah kunci yang digunakan oleh KTD untuk membawa mereka2 seperti yang kaki pukul, tinggal Solat serta couple menjadi insan-insan baik? Persoalan ini  saya pernah lontarkan kepada beberapa orang staf KTD. Antara jawapan yang diterima adalah daripada Tuan Haji Rosdi Baharom iaitu ;

1) "KTD ialah tempat terbaik (untuk berubah jadi baik) kerana kita
    mempunyai modul pembinaan akhlak iaitu PESAT (Pembangunan
    Sahsiah Terpuji) 

2) "Kita mesti yakin yang semua orang ada potensi untuk jadi baik






Apa itu PESAT? PESAT adalah nama panggilan daripada Pembangunan Sahsiah Terpuji. Bagi saya, ia merupakan satu modul khas yang disediakan bertujuan membangunkan @ membina serta menerapkan semula akhlak Islam sebenar dalam diri setiap pelajar2 KTD. PESAT terbahagi kepada 2 iaitu Umum dan Khusus. PESAT Umum ialah perhimpunan semua pelajar KTD manakala PESAT Khusus ialah perjumpaan pelajar-pelajar KTD mengikut kumpulan-kumpulan kecil yang telah ditetapkan. PESAT Umum akan disampaikan oleh seorang penyampai sahaja. Manakala PESAT Khusus akan dikendalikan oleh mereka yang bergelar Fasilitator. Dalam kedua PESAT inilah, pembangunan akhlak Islam akan dibina sedikit demi sedikit. Biasanya ia akan menyentuh soal aqidah, pemakaian cara Islam sebenar (contohnya bab tutup aurat), pergaulan, cinta dan pelbagai topik menarik yang akan disampaikan. 
>>> copy paste >>> http://ilyasak.blogspot.com/2011/03/program-pesat.html 

Contoh PESAT Umum. Penyampai Tuan Haji Rosdi Baharom (Mas'ul RB).
Contoh PESAT Khusus yang dibuat.








Suasana berada di KTD juga amat berbeza berbanding bila berada di Kolej atau Universiti lain yang pernah saya kunjungi. Aspek pergaulan berlainan jantina begitu dititik beratkan (elakkan supaya tiada percampuran lelaki perempuan yang tidak Syarak). Jika bersukan @ beriadah, aurat Wajib tutup sama ada lelaki lebih2 lagi perempuan. Subahanallah. Maka tidak hairanlah KTD juga dikenali dengan nama Kolej Tarbiyyah Dakwah. Bagi  Ustaz Ali, KTD ialah Kau Terbilang Dihati. Ikuti penulisan beliau di >>> copy paste >>> http://brohamzah.blogspot.com/2010/07/kau-terbilang-dihati.html


http://www.ktd.edu.my/v2/






    

Khamis, 13 Disember 2012

5 Sebab Utama Menjadikan Couple Sebelum Nikah Itu HARAM

Setiap insan layak untuk menyintai & dicintai. Setiap insan juga layak untuk menyanyangi & disayangi. Cinta & sayang adalah dua perkara yang mempunyai pengaruh besar dalam proses penyatuan khususnya antara lelaki dan perempuan. Perasaan cinta dan sayang ini bukanlah sesuatu yang boleh dilihat namun kita sedia maklum yang ianya memang wujud dalam dimensi yang berlainan. Ianya bersih dan terpelihara. Akan tetapi, kebanyakan antara kita tersalah erti akan maksud sebenar cinta dan sayang yang merupakan fitrah manusia ini. Mereka mengambil jalan yang tidak Syarak untuk memperolehinya. Maka, disebabkan perlakuan2 yang tidak Syarak inilah yang menyebabkan cinta dan sayang itu dikotori dengan Nafsu Serakah. 

Antara Perbuatan-Perbuatan Mereka Yang Bercinta & Terjerumus Kepada Ber"couple" serta Tindakan Yang Boleh Menyebabkannya Menjadi Haram ialah :

PERTAMA : TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA.  Sesebuah perhubungan ˜istimewa" antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya. 

KEDUA : TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA. Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber"dating", ber"shoping" dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil "darling" kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan (dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Pada berlakunya percampuran lelaki dan perempuan, tidak mustahil akan berlakulah persentuhan-persentuhan yang tidak Syarak antara lelaki dan perempuan. Yang ditakuti berlaku ialah Zina kerana itulah kemuncak perhubungan HARAM. 

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud:
Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat..
  
Mesti kita ingat, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

KETIGA : MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA. Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung (maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut "kononnya" telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.

KEEMPAT : MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR. Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibu bapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya.Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan. Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa : ayat 27, yang maksudnya ; 
"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara Syaitan (Laknatullah) dan Syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya

KELIMA : MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA. Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual di telefon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)



Pandangan peribadi Bro Pena, tak salah menyintai seseorang kerana cinta itu fitrah yang Allah anugerahkan tetapi biarlah bercinta itu berada pada landasan Syarak. Jumpa pihak keluarga masing2 dan mintalah persetujuan untuk bernikah. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan semuanya. 

Pemeliharaan Allah Jualah Yang Kita Pinta Hari2. 




 

 

 

 

 

 


Merokok :: >> BERHENTILAH SEBELUM TERLAMBAT !!!

Merokok membahayakan kesihatan !!!
Merokok penyebab penyakit2 Kronik !!!
Merokok menyebabkan hilang kesuburan dan Mati Pucuk !!!

Sering kali kita mendengarkan pernyataan-pernyataan begini antaranya di laman2 akhbar, artikel2 & media2 massa. Namun, sejauh manakah kepedulian kita terutamanya para perokok akan akibat merokok? Sedarkah kita bahawa dalam setiap batang rokok iatu mengandungi kandungan2 yang sangat-sangat berbahaya untuk organ2 dalaman manusia. Sedarkah kita ???



Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam setiap batang rokok mengandungi racun yang sangat2 berbahaya kepada kesihatan. Hal ini kerana, setiap racun tersebut mempunyai kandungan bahan2 yang kita sedia maklum akan bahayanya iaitu :

01) Karbon Monoksida = Gas beracun pada ekzos kereta.
02) Nikotin = Antara kandungan dalam racun rumpai.
03) Aseton = Peluncur cat.
04) Ammonia = Pembersih lantai.
05) Arsenik = Racun semut putih.   
06) Hidrogen Sianida = Gas beracun yang digunakan kepada penjenayah.
07) Butana = Minyak pemetik api.
08) Metanol = Minyak roket.
09) Toluena = Sebatian organik yang mudah terbakar.
10) Kadmium = Bahan bateri kereta.
11) Naftalena = Racun gegat (biasanya diletak dalam almari atau laci meja).
12) DDT (Dichloro Diphenyl Trichloroethane) = Bahan membuat racun serangga.

Jika dalam sekotak rokok ada 24 batang, maka para perokok telah menghisap kandungan2 untuk membuat penghapus cat, bahan plastik pvc, bahan pembersih lantai dan banyak lagi yang memungkinkan untuk bertemu dengan Malaikat Maut lebih awal (merokok sebagai asbab). Baru sekotak. Jika dalam sehari habiskan 2 kotak = 48 batang. Seminggu ada 7 hari. 48 batang x 7 hari = 336 batang seminggu. Sebulan ada 30 hari (ambil bilangan 30 sebab mudah kira). Jika 48 batang x 30 hari = 1440 batang rokok sebulan yang dihisap. Dalam setahun ada 12 bulan dan 12 bulan ada 366 hari. Jika 48 batang x 366 hari = 17568 batang yang dihisap oleh perokok setahun. Baru setahun. Jika dah merokok selama 30 - 40 tahun ?? Na'uzubillah. Tak dapat dibayangkan KESAN & AKIBATnya. Maka tidak hairanlah jika organ dalaman para perokok menjadi >>>>>>>>>> Hitam & Berpenyakit serta Berisiko mendapat penyakit2 kronik.


Bagi yang tidak merokok pula, jangan ingat "terselamat" dari kesan2 rokok. Asapnya sahaja pun sudah cukup untuk memungkinkan kita mendapat pelbagai penyakit. Mereka yang menghirup asap rokok sebenarnya 3 kali ganda berisiko mendapat penyakit berbanding dengan perokok aktif itu sendiri. Hal ini kerana hanya sebanyak 25% kandungan bahaya sahaja yang terdapat dalam sebatang rokok masuk ke dalam tubuh perokok manakala 75% lagi dibebaskan ke udara yang kemudian dihirup oleh orang sekeliling. Bahayanya rokok ini kan. Jangan pandang enteng !!! Oleh itu, hindarilah orang ketika mereka merokok untuk menegaskan hak kita iaitu "Tak Nak Asap Rokok". 



Apakah jenis2 Penyakit akibat merokok ini? 

   
Sedar atau tidak, semua penyakit akibat merokok ialah penyakit-penyakit yang sangat-sangat berbahaya kepada kesihatan. Antara penyakit tersebut ialah :

01) Katarak = Sejenis penyakit mata yang akan menyebabkan kanta mata menjadi legap &
                    rabun. Ia boleh mengakibatkan buta. Try bayangkan hidup tanpa penglihatan
02) Kerosakan alat kelamin lelaki atau lebih dikenali sebagai mati pucuk.
03) Kanser rahim bagi wanita.
04) Penyakit jantung meningkat 10% - 50% (risiko kematian tinggi).
05) Osteoporosis = Pereputan tulang dan banyak lagi kesan merbahaya akibat merokok
06) Kanser Paru-paru = Tiub pernafasan jadi bengkak
07) Strok = Penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba.
08) Ulser Perut 
09) Kanser Kerongkong = Asap rokok yang disedut semula akan melalui kerongkong dan
                                    menjadi punca rosaknya kerongkong 
10) Emfisema Paru-paru = Asap tar membalut paru2 kantung2 udara. Akibatnya, keanjalan
                                      kantung2 ini hilang dan mudah dimusnahkan dan banyak lagi. Sila
                                      rujuk gambar di atas.

Itu dari sudut kesihatan. Bagaimana pula pandangan Agama terhadap merokok ini? 

"Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dan memudharatkan"
                                 (Mudzakarah ke 37 : 23 Mac 1995 : Sumber = www.e-fatwa.gov.my) 

Imam as-Syafie telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu "Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas HARAM. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah HARAM. Allah SWT mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri" 

Para Ulama' juga bersepakat bahawa merokok hukumnya HARAM kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara yang keji berdasarkan nas-nas berikut :

>>>>>>>*****************************************************************************************>>>>>>> 
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud; "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan"

Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raf ayat 157 yang bermaksud; "Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk".

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan". 
                                                (Hadis riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

>>>>>>>*****************************************************************************************>>>>>>> 

Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami menyebut dalam Fath A-Muein & beliau menyatakan dua alasan mengapa sesuatu perkara itu diharamkan dalam Islam :

1)  Ia mendatangkan kerosakan yang nyata @ menimbulkan yang tersembunyi.
2)  Ia merosakkan tubuh badan dengan jelas.

Syeikh Muhammad al-Aini, beliau mengHaramkan rokok (merokok) kerana :

1)  Membahayakan kesihatan sebagaimana yang telah digariskan oleh pakar perubatan yang diakui.
2)  Mengandungi bahan yang memabukkan
3)  Bau busuk dan menganggu ketenteraman serta keamanan orang lain.
4)  Membelanjakan wang pada bukan tempatnya (membazir).

Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya "Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud" telah memberikan fatwa merokok hukumnya MAKRUH jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah HARAM jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.


  

Maka, Katakan TAK NAK kepada ROKOK (merokok) demi kesihatan diri !!! Merokok membawa PADAH !!! Merokok membawa MAUT !!! Jangan sia-siakan hidup dan wang ringgit semata-mata kerana ROKOK (merokok). Jangan sampai dah terlantar kat Hospital baharu nak sedar kerana perbelanjaan untuk kos rawatan jauh lebih Mahal. Ingatlah orang yang tersayang. Kita mampu mengubahnya.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada gejala rokok dan bahayanya. Amiin. 


Selasa, 11 Disember 2012

Lagi Tanda2 Kekotoran Hati

Terdapat banyak lagi tanda2 bahawa hati kita telah dikotori menyebabkan kita sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT (Pencipta kita)


 Semoga kita sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah SWT & menjadi hambaNya yang beriman.

Fadhilat Ayat Kursi





Ayat ini diturunkan setelah Hijrah. Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya. Di bawah merupakan antara fadhilat ayat kursi (mengetahui fadhilat atau kelebihan akan merangsang diri kita untuk beramal). 

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi 
dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan Laknatullah, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah S.W.T.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah S.W.T hilangkan segala kefakiran didepan matanya".

5) Sabda Baginda lagi: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar".

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad S.W.T.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

8) Pengamal ayat Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk, InsyaAllah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu, eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali. InsyaAllah, mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan zahir dan batin.

12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya, Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi di akhir sembahyang, Allah Azza Wajalla akan mengambilkan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

17) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Jom Beramal Kerana Allah :-)