Selasa, 13 November 2012

Terkeliru :: Cinta Ikut Syariat @ X??

Bila bercakap soal cinta, Bro Pena bukanlah insan yang layak membahaskannya. Tetapi, mempunyai keinginan yang kuat untuk memberikan pendapat/perkongsian. Boleh ya share2 ilmu. Bagi Bro Pena, cinta ialah sesuatu yang tidak kelihatan namun boleh dirasai. Ianya umpama angin yang bertiup sepoi-sepoi. Nyaman dan mengasyikkan. Namun, di dalam nyamannya dan asyiknya angin tersebut kita tidak boleh melihatnya dengan mata kasar tetapi mampu merasainya. Pendek kata, cinta ialah sebuah perasaan ingin menyayangi dan disayangi. 

Menurut Ibnu Qayyim (Tokoh Ilmuan Islam), terdapat 6 tahap cinta iaitu :

Tahap 1) Cinta yang menjadi hak Allah semata-mata. Itulah cinta hamba kepada Khaliq
Tahap 2) Cinta kepada Kekasih Allah (Rasulullah SAW).
Tahap 3) Cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain (suami/isteri, ibu bapa, keluarga, 
             anak-anak, yang melahirkan rasa kasih sayang).
Tahap 4) Cinta sesama Islam yang melahirkan ukhwah Islamiyyah (sesama Islam).
Tahap 5) Cinta sesama manusia (antara muslim dengan non-muslim).
Tahap 6) Cinta selain kepada manusia (haiwan seperti kucing, alam, harta dan lain2).  

Kita sering dihadapi dengan ujian berupa cinta ini. Bagi yang pernah mengalaminya, akan tahu perasaan cinta itu bagaimana. Namun, cinta kadang kala akan membawa kita kepada kemurkaan Allah SWT. Cinta yang Bro Pena maksudkan ialah "Cinta Yang Tidak Berlandaskan Syariat Islam". Berhati-hatilah dengan cinta seperti ini kerana akan membawa impak yang besar kepada seseorang individu dan masyarakat. Antara impak tersebut ialah :

1) Individu  
  • Lalai daripada mengigati Allah SWT.  
  • Pembaziran wang kepada sesuatu yang tidak wajar (topUp call & sms just tanya2 khabar. Ini banyak berlaku dalam kalangan remaja masa kini).
  • Lalai dalam melaksanakan perintah Allah (solat 5 waktu disebabkan ingin beri tumpuan pada si dia)
  • Hilang kepercayaan kepada kesetiaan pasangan setelah berkahwin. 
  • Tiada keberkatan dalam rumah tangga (kerana tidak wujud Allah dalam percintaan dua individu).
  • Sanggup bunuh diri (cinta terlalu mendalam sehingga tidak mahu hidup tanpa dia. Hilangnya si dia, maka hilanglah nyawa) atau membunuh jiwa orang lain (terlalu marah kononnya pasangan berlaku curang sedangkan belum bernikah lagi).
 2) Masyarakat
  • Akhlak muda-mudi Islam akan rosak. Ini disebabkan pengaruh "cerita-cerita" barat atau korea yang sering memaparkan "indahnya" cinta pasangan yang tiada apa-apa ikatan.
  • Menjatuhkan maruah seorang wanita. Apabila seseorang perempuan keluar dengan pasangan yang bukan mahramnya, peribadi perempuan muslimah itu akan dipersoalkan dan bukan pasangannya (lelaki). Khalayak akan mempersoalkan bagaimana perempuan muslimah tersebut begitu mudah diusung ke sana sini tanpa rasa malu dan bersalah.   
  • Berlaku zina dan melahirkan anak luar nikah. Na'uzubillah. Ini merupakan kemuncak cinta yang tidak berlandaskan Syariat Islam. Kesannya bukan pada pasangan itu sahaja, malah akan memalukan seluruh ahli keluarga serta boleh meruntuhkan sistem kekeluargaan Islam.   

Sesungguhnya, larangan Allah terhadap cinta yang tidak berlandaskan Syariat Islam ini sangat jelas melalui firman Allah SWT, dalam Surah Al-Isra' : 17 : ayat 32.


Timbul persoalan, apakah "Cinta Yang Berlandaskan Syariat Islam" itu? Jawapannya mudah. Bercinta biarlah mengundang Kasih Sayang Allah SWT bukan Murka-Nya. Hal ini kerana, salah satu tujuan bercinta ialah untuk membina bahtera rumah tangga yang bahagia. Mestilah yang dimaksudkan dengan bahagia itu adalah hidup berkeluarga mendapat naungan Rahmat Allah SWT. Oleh itu, janganlah sesebuah percintaan dikotori dengan jalan-jalan yang tidak Syarak. Biarlah jalan2 cinta 2 insan itu mendapat kasih sayang Allah hingga ke Gerbang Pernikahan + berkeluarga (mempunyai anak, cucu, cicit) = Syurga Allah.

Timbul persoalan lagi, bagaimanakah kaedah bercinta yang yang berlandaskan Syariat? Berikut, Bro Pena menyimpulkan kaedah @ jalan2 bercinta dalam Islam melalui pengalaman serta pembacaan. 

1) Merisik keperibadian calon suami/isteri sama ada melalui mahramnya, sahabat atau
    Pensyarah/Guru yang rapat dengannya. Sekiranya berkenan, jumpa ahli keluarga masing-
    masing bagi menetapkan tarikh pernikahan. Settle. Itu je sebenarnya. Hehe. 

2) Sepanjang tempoh itu (pertunangan) / selagi belum ada apa2 ikatan, maka :
    
    >> Kurangkan berhubung dengan calon suami/isteri jika tiada sebab yang
        mengharuskannya.
    >> Menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
    >> Elakkan pertemuan tanpa mahram pihak perempuan dan ringkaskan pertemuan
        sekadar yang perlu sahaja (sebab tiada apa2 ikatan lagi).
    >> Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran serta mohon calon suami/isteri merupakan
        jodoh terbaik yang Allah kurniakan. 
    >> Berpuasa bagi mengekang syahwat melakukan perkara yang tidak Syarak.

Apakah kesan bercinta ikut syariat Islam ini? 

1) Individu. 

  • Hati tidak lalai daripada mengigati Allah (yakin yang jodoh kita sudah Allah tetapkan)
  • Tiada pembaziran wang kepada sesuatu yang tidak wajar  
  • Dapat menjaga solat kerana hati selalu ingat Allah.
  • Kesetiaan wujud dalam diri pasangan masing-masing (sebab sebelum berkahwin, menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perampuan).
  • Hidup berumah tangga mendapat keberkatan Allah SWT.
  • Menerima qada & qadar Allah SWT dengan hati terbuka sekiranya diuji dengan ujian berupa kehilangan suami/isteri 

2) Masyarakat.

  • Akhlak muda-mudi terselamat kerana menjaga batas2 pergaulan serta memilih untuk bernikah daripada just bercinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata. 
  • Maruah seseorang muslimah akan terpelihara.
  • Tidak akan berlaku zina.
  • Sistem kekeluargaan Islam akan terbina dengan baik sebab tidak dicemari dengan anak luar nikah. 



Rasulullah SAW bersabda dalam satu doa baginda (lebih kurang maksudnya), " Ya Allah, berilah aku rezeki cinta-Mu dan cinta orang yang bermanfaat buatku di sisi-Mu. Ya Allah, segala yang Engkau rezekikan untukku di antara yang ku cintai, jadikanlah itu kekuatan mendapatkan yang Engkau cintai, jadikan itu kebebasan dalam segala hal yang Engkau cintai "

(Hadis riwayat Al-Tardmizi) 



Kesimpulannya, Bercinta selepas Nikah adalah kaedah cinta yang terbaik (tak salah ta'aruf sekadar yang diharuskan Syarak). Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi 1001 manfaat. 

Amiin.




  
  

Isnin, 12 November 2012

Rezekiku Di Mana?

Rezeki dari segi bahasa bermaksud ar-Rizq atau al-'Atha' iaitu pemberian. Dari segi istilah ialah sesuatu yang diberikan oleh Allah SWT kepada semua makhluk, tak kira sama ada halal atau haram. Rezeki yang berkat bermaksud, beroleh sesuatu daripada Allah SWT melalui cara atau usaha yang Allah suka. Bak kata orang2 tua, "Rezeki yang berkat ialah banyak cukup, sikit (beras, duit dan lain2) pun cukup (menampung kehidupan serta makan minum)".

Contoh mudah :  

A) Mencuri = dapat duit. 
B) Bekerja dengan ikhlas = dapat duit. 
  
Mana satu merupakan rezeki yang berkat? Mestilah B bukan. Perlu kita ingat juga, rezeki Allah tak bermakna hanya merangkumi bab2 makan minum sahaja, tetapi ianya pelbagai. Antaranya adalah :

1) Mendapat ilham untuk buat karya dakwah melalui tulisan adalah rezeki.
2) Memperolehi keputusan cemerlang adalah rezeki.
3) Allah beri kita tenaga untuk bekerja 8 jam sehari adalah rezeki.
4) Memudahkan kita mencari jalan penyelesaian matematik adalah rezeki.
5) Allah uji kita dengan musibah tertentu dan kita tetap bersabar juga adalah rezeki.

Pelbagai dan banyak lagi contoh2 rezeki yang Allah kurniakan kepada kita setiap masa dan setiap hari. Cuma, sama ada kita sedar atau tidak sahaja bahawa itu adalah rezeki Allah untuk "kita". Timbul persoalan, "Rezeki itu berada di mana?" Mudah sahaja. Rezeki setiap manusia ada di mana-mana. Yang penting, kita ada usaha dan kemahuan ke arahnya (mendapat rezeki itu). Contoh mudah untuk mendapatkan sesuatu rezeki Allah itu ialah dengan BEKERJA. Ingatlah, 4 perkara yang Allah SWT sudah tetapkan sebelum kita lahir iaitu :

1) Ajal & Maut
2) Rezeki
3) Jodoh
4) Susah & Senang (Ujian2) 

Firman Allah SWT :

"Katakanlah; Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". 
(Surah Saba' : 34 : ayat 36)  
   
Sabda Rasulullah SAW :

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya"
(Hadis riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 

Mungkin tertanya2 di benak fikiran, apakah tips2 supaya murah rezeki dan Allah mempermudahkan kita mencarinya? Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada jawapannya.

   
Alhamdulillah. Inilah antara tips2nya. Selamat beramal untuk saya dan anda (para pembaca yang dirahmati Allah SWT).

Ahad, 11 November 2012

Isteri Penyejuk Mata Suami

" Bukanlah buta sesungguhnya mata yang tak mampu menangkap cahaya,
  Namun, buta yang sebenarnya ialah hati yang tidak mahu menerima nasihat berharga"

Seorang wanita umpama sang suria dalam keluarga. Dia adalah pusat orbit lintasan perjalanan hidup suami dan anak-anaknya, seorang yang berada pada barisan paling hadapan dalam memberikan cinta dan bakti, serta sanggup berkorban untuk orang-orang yang dikasihinya. 

Begitu penting dan mulianya kehadiran seorang isteri dan ibu dalam sebuah rumah tangga muslim, sehingga Allah menjanjikan Syurga bagi isteri yang solehah. Ini adalah kerana , menjadi isteri dan dan ibu yang baik bukanlah satu tugas yang mudah tetapi ia juga bukan sesuatu yang mustahil untuk direalitikan.  

Di zaman kini, segalanya harus dibuat dengan pantas (bukanlah sepantas kilat mahupun kelajuan cahaya), seiring dengan corak kehidupan sehari-hari. Seorang isteri dan ibu mestilah mempersiapkan diri untuk menghadapi perkembangan yang berlaku dengan bijak. Apalagi seorang wanita sering kali dihadapkan pada realiti bekerja serta beraktiviti di luar rumah berikutan tuntutan kerjaya, namun di sudut lain dia tetap harus memainkan peranannya di dalam rumah tangga. 



Bagaimana menjadi "Isteri Penyejuk Mata Suami". Di atas dah diberikan tipsnya oleh Uztaz Azhar Idrus (UAI). Cuma ada tambahan sikit di bawah ini : 

01) Biasakan diri dengan doa. Mohon kepada Allah supaya hubungan kasih suami isteri dan
      keluarga sentiasa dibawah naungan rahmat-Nya.
02) Mentaati dan menggembirakan suami (selagi suami tak menyuruh membuat mungkar)
     serta minta maaf pada suami jika ada melakukan salah dan silap. Bukan tunggu kumpul
     semua kesalahan dan minta maaf pada Hari Raya.
03) Luangkan masa betul-betul "berkualiti" bersama suami sekurang-kurangnya 30 minit
     setiap hari.
04) Beri pujian terhadap penampilan suami (pakaian, penampilan kacak, rambut dll).
05) Cepat-cepat pujuk suami bila berkecil hati atau marah-marah sayang.
06) Jangan curang terhadap suami atau menimbulkan syak wasangka tak baik pada suami. 
07) Masak makanan kesukaan suami dan makan bersama.
08) Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
09) Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana
     memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
10) Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
     Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang
     mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
11) Minta bantuan dan membantu suami dengan ikhlas (tidak banyak komen)
12) Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang
     sedang dilakukan. ( jika boleh )
13) Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
14) Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan
      penelitian.
15) Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita
      tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
16) Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama
17) Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika
      itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
18) Urut kasih sayang suami dan mandi bersama.
19) Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum
      air apa?" atau " Abang nak minum ke? "
20) Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (bergantung kepada kesesuaian)
21) Sentiasa memberi sokongan moral kepada suami. Ingatlah, disebalik setiap kejayaan
     seorang lelaki, ada wanita dibelakangnya (penyokong kuat).
22) Jangan cepat terima berita tak baik mengenai suami tanpa usul periksa dan
      perbincangan bersama
23) Biasakan diri bertadarus al-quran bersama suami (selaraskan waktu yang sesuai).
24) Pegang tangan suami bila berjalan ke mana-mana. Contohnya membeli belah atau
     makan angin (jangan malu buat pahala).
25) Sentiasa berterima kasih pada suami dan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan
     suami yang baik dan bertanggungjawab.



Sabda Rasulullah SAW, "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke Syurga dari pintu mana sahaja kamu suka." 
(Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)



Banyak lagi sebenarnya. Timbul persoalan, kenapa ~ Bila Jari Menjadi Pena ~ post perkara ini sedangkan beliau sendiri belum bernikah? Hehe. Jawabnya, sebab mahu bersedia dari awal supaya dapat menyampaikan kaedah bagaimana cara supaya isteri jadi penyejuk mata kita bila dah bercouple (yang dimaksudkan ialah sudah berkahwin) kelak. Takkan dah jadi suami baru mahu belajar :-). Apa yang penting, kita amalkan oke. Bukan setakat tahu sahaja tetapi tidak buat. 

Wallahu'alam.


3 Tanda Kekotoran Hati


Pada post pertama ini (kira seperti edisi pembuka bicara.. hehe) saya mahu kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih akan terpancar sinar cahaya wajah dan dapat dikenal pasti melalui tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.

3 tanda kekotoran hati itu antaranya :
1. Dengki = Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara
2. Tamak = Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya. Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.
3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara = Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting. Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja. Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta. Kita perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.
Muhasabah diri. Andai sikap sebegini ada pada Kita, ubah segera hari ini juga !!
Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang. Yeeaahh…

Buah Menjadi Seni Kreatif

Subahanallah. Post kali ini ~Bila Jari Menjadi Pena~ tidak mahu mengungkapkan apa2. Biarlah anda yang menilai melalui pic-pic kreatif di bawah. Hasil seni tangan yang sangat halus.















Agak2nyer, berapa lama dorang nie belajar baru jadi mahir?   :-)